Saturday, May 31, 2008

untuk renungan bersama


Assalamualaikum,
Untuk renungan kita bersama... Insyallah.

Dari manuscript lama yang tercatat di atas kulit kambing yang dijumpai
berkurun masihi di sebuah negara "middle east". orang yang menulis tidak
dapat dikesan. Ini adalah sesuatu yang harus direnung dan di fikirkan
bersama bukan setakat baca dan lupakan, harap kita semua dapat
mengelakkan diri kita terjatuh dalam golonggan seperti dalam manusript
dibawah.Amin

Seorang nasrani berkata, " saya amat bersyukur kepada Allah walaupun
saya
dilahirkan dalam bangsa nasrani. Ini kerana saya lebih mulia dari bangsa
Majusi.

Seorang majusi pula berkata, "saya juga berasa amat bersyukur kepada
Allah walaupun saya dilahirkan dalam bangsa Majusi. Ini kerana saya
lebih
mulia dari orang kafir.


* Cuba kita meneliti dua perbualan diatas,kita dapati,kedua-dua
kafir tidak mengaku mereka kafir dan mereka saling bandingkan dengan
orang kafir... cuba kita lihat pula apa orang kafir kata...


Seorang kafir pula berkata, "saya juga rasa bersyukur kepada Allah
walaupun saya dilahirkan kafir. Ini kerana kafir lebih mulia dari
dilahirkan sebagai anjing.

Anjing pula berkata, " saya juga bersyukur kepada Allah walaupun saya
dilahirkan sebagai anjing.Ini kerana anjing lebih mulia dari dilahirkan
sebagai babi.

* Mari kita teka apakah kesudahan perbualan ini, dan cuba kita teka
apakah yang babi akan kata dan siapakah yang babi akan bandingkan
dengan dia...

Babi pula berkata, "saya juga bersyukur kepada Allah walaupun saya
dilahirkan sebagai seekor babi. Ini kerana saya lebih mulia dari manusia
yang tidak solat".

Ini adalah sebuah manuscript yang memberi kesedaran kepada umat Islam
yang masih tidur dan juga umat yang selalu membandingkan diri mereka
dengan
insan yang lebih buruk dan lemah dari mereka. Jika ini berterusan, umat
Islam tidak akan maju. Tercatat didalam Al-Quran, bahawa umat islam
yang meninggalkan solatnya akan menjadi semakin banyak dan lumrah pada
akhir zaman... adakah ini akan berlaku atau sedang berlaku atau telah
berlaku?

Sesungguhnya mati itu adalah benar, azab neraka itu adalah benar dan
syurga itu adalah benar...

Maha suci ALLAH.

No comments: