Saturday, May 31, 2008

ibuku seorang pembohong..(artikel)


Memang sukar untuk orang lain percaya,tapi itulah yang berlaku. Ibu saya memang seorang pembohong!! Sepanjang ingatan saya sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya. Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk dijadikan renungan anda sekalian.


Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Adakalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga. Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu sering membahagikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, ibu berkata : ""Makanlah nak ibu tak lapar." – PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA.

Ketika saya mulai besar ibu yang gigih sering meluangkan watu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Ibu berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk membesarkan kami adik-beradik. Pulang dari memancing, ibu memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu saya memakan gulai ikan itu ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi. Saya sedih melihat ibu seperti itu.. Hati saya tersentuh lalu dengan menggunakan sudu saya memberikan ikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya. Ibu berkata : "Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan." – PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA.

Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya,abang dan kakak. Suatu dinihari lebih kurang pukul 1.30 pagi saya terjaga dari tidur. Saya melihat ibu membuat kuih dengan beremankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya melihat kepala ibu terhangguk kerana mengantuk. Saya berkata : "Ibu, tidurlah, esok pagi ibu kena pergi kebun pula." Ibu tersenyum dan berkata : "Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi." – PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA.

Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, ibu terus sabar menunggu saya di luar dewan. Ibu seringkali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Illahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang. Ketika loceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, ibu dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang ibu yang jauh lebih kental. Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu kepada ibu dan menyuruhnya minum. Tapi ibu cepat-cepat menolaknya dan berkata : "Minumlah nak, ibu tak haus!!" – PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT.

Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas saya baru beberapa bulan dilahirkan, ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Ibu bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan menjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan. Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang untuk membantu ibu. Anehnya, ibu menolak bantuan itu. Jiran-jiran sering kali menasihati ibu supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi ibu yang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Ibu berkata : "Saya tidak perlukan cinta dan saya tidak perlukan lelaki." – PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA.

Setelah kakak dan abang habis belajar dan mula bekerja, ibu sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh ibu supaya berehat sahaja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit. Tetapi ibu tidak mahu. Ibu rela pergi ke pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya. Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan ibu mengirim balik wang itu dan ibu berkata : "Jangan susah-susah, ibu ada duit." – PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM.

Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat sarjana di luar Negara. Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang,kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya juga di luar negara. Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa ibu untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan saya, ibu sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini ibu habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula. Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya. Ibu tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata ; "Tak payahlah, ibu tak biasa tinggal di negara orang." – PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH.

Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua.. Suatu malam saya menerima berita ibu diserang penyakit kanser. Ibu mesti dibedah secepat mungkin. Saya yang ketika itu berada jauh diseberang samudera terus segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta. Saya melihat ibu terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan. Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap wajah saya dengan penuh kerinduan. Ibu menghadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya.. Saya dapat melihat dengan jelas betapa seksanya penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga ibu menjadi terlalu lemah dan kurus. Saya menatap wajah ibu sambil berlinangan air mata. Saya cium tangan ibu kemudian saya kecup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat ibu dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu tetap tersenyum dan berkata : "Jangan menangis nak, ibu tak sakit." – PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN.



Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali.



Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya. Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata, 'Ibu,saya sayangkan ibu.' Tapi tidak saya. Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun saya mengasihi ibu lebih dari segala-galanya, tapi tidak pernah sekalipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga ibu, sampailah saat ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir.



Ibu, maafkan saya. Saya sayangkan ibu…

untuk renungan bersama


Assalamualaikum,
Untuk renungan kita bersama... Insyallah.

Dari manuscript lama yang tercatat di atas kulit kambing yang dijumpai
berkurun masihi di sebuah negara "middle east". orang yang menulis tidak
dapat dikesan. Ini adalah sesuatu yang harus direnung dan di fikirkan
bersama bukan setakat baca dan lupakan, harap kita semua dapat
mengelakkan diri kita terjatuh dalam golonggan seperti dalam manusript
dibawah.Amin

Seorang nasrani berkata, " saya amat bersyukur kepada Allah walaupun
saya
dilahirkan dalam bangsa nasrani. Ini kerana saya lebih mulia dari bangsa
Majusi.

Seorang majusi pula berkata, "saya juga berasa amat bersyukur kepada
Allah walaupun saya dilahirkan dalam bangsa Majusi. Ini kerana saya
lebih
mulia dari orang kafir.


* Cuba kita meneliti dua perbualan diatas,kita dapati,kedua-dua
kafir tidak mengaku mereka kafir dan mereka saling bandingkan dengan
orang kafir... cuba kita lihat pula apa orang kafir kata...


Seorang kafir pula berkata, "saya juga rasa bersyukur kepada Allah
walaupun saya dilahirkan kafir. Ini kerana kafir lebih mulia dari
dilahirkan sebagai anjing.

Anjing pula berkata, " saya juga bersyukur kepada Allah walaupun saya
dilahirkan sebagai anjing.Ini kerana anjing lebih mulia dari dilahirkan
sebagai babi.

* Mari kita teka apakah kesudahan perbualan ini, dan cuba kita teka
apakah yang babi akan kata dan siapakah yang babi akan bandingkan
dengan dia...

Babi pula berkata, "saya juga bersyukur kepada Allah walaupun saya
dilahirkan sebagai seekor babi. Ini kerana saya lebih mulia dari manusia
yang tidak solat".

Ini adalah sebuah manuscript yang memberi kesedaran kepada umat Islam
yang masih tidur dan juga umat yang selalu membandingkan diri mereka
dengan
insan yang lebih buruk dan lemah dari mereka. Jika ini berterusan, umat
Islam tidak akan maju. Tercatat didalam Al-Quran, bahawa umat islam
yang meninggalkan solatnya akan menjadi semakin banyak dan lumrah pada
akhir zaman... adakah ini akan berlaku atau sedang berlaku atau telah
berlaku?

Sesungguhnya mati itu adalah benar, azab neraka itu adalah benar dan
syurga itu adalah benar...

Maha suci ALLAH.

Sunday, May 25, 2008

sayang sayang

Masaku teringat akan dirimu
Ada sesuatu begitu mengganggu
Diam-diam aku menyukaimu
Bermimpi bila kau jadi milikku
Jauh di dasar hatikuInginku ku teriak
Aku cinta kamu!

Sayang, sayang, sayang
Kamu dah berpunya
Tertutup sudah bagiku kesempatan
Dan bukan gayaku
Rebut pacar orang
Meski hati tulus
Cerita berakhir tak senang
Aku tahu akan sulit bagiku
Mencari-cari pengganti dirimu
Tapi bagi lelaki macam aku
Tak mau berakhir kerna begitu
Jauh di dasar hatiku,Inginku teriak
Aku cinta kamu..

Thursday, May 22, 2008

Vale 46



valentino rossi,mmm.salah sorang rider motogp yg jd pojaan ramei temasukla aku. tmbah lg dia bwk moto YAMAHA, heh.

prestasinya dlm perlumbaan amatla baik,x dpt d nafikan sejak dia menceburi kelas 125cc world grand prix.skrg

sudah jd MOTOGP. masuknya dia dlm team yamaha tlh membantu yamaha bersaing semula dalam arena

motogp, yamaha dh lame xde pencapaian mmberangsangkn sejak kejatuhan era WAYNE RAINEY

setahun dua ni ade sedikit penurunan dlm pencapaiannya . saingan terlalu kuat,x kira dari

pelumba lain dan juga motosikal pencabar. yamaha agak weak dari segi top end

tahun ni rossi nampak bagus dgn beberapa pencapaian yg membanggakan

d awal musim.harap tahun ni dia dpt jd world champion balik...

my tzr




pic latest tzrku..ni pic kt kampung mase balik aritu...kaler moto x seragam coz xde modal nk anta spray...fueltank pon tukau lain, order 2nd hand from singapore..Insyaallah 1 day my tzr akan sempurna jua...sape nk ikut jln2,angkat tgn..

Wednesday, May 21, 2008

arghhhh..........

di daun yang ikut mengalir lembut
terbawa sungai keujung mata
Dan aku mulai takut terbawa cinta
menghirup rindu yang sesakkan dada
Jalanku hampa dan ku sentuh dia,
terasa hangat oh di dalam hati
Kupegang erat dan kuhalangi waktu,
tak urung juaku lihatnya pergi
Tak pernah kuragu
dan selalu kuingat
kerlingan matamu
dan sentuhan hangat
Ku saat itu takut
mencari makna,
tumbuhkan rasa yang
sesakkan dada
(*)Kau datang dan pergi oh begitu saja,
semua ku terima apa adanya
Mata terpejam dan
hati menggumam,
di ruang rindu kita bertemu

my life

bgitulah kehidupanku...hanya kuda2 besi jd peneman..siang malam..siang dr jam 9 pagi lg ku dh naik kuda,smpaila ptg ari...mlm pun kekadang dok tunggang lg..sampaikn sekor pun dok tdo dlm umah..

ntah bilela agaknye aku nk beteman,asik tdo sesorang je..klu ade bantal peluk yg hangat mesti best..blm rezki nk dpt.Insyaallah x lama lg dptla kot,ekeke...dh dkt 2 bln aku solo sbb kasihnya laila aku dh blah,tinggalkn aku.mungkin aku ni lembap sgt kot?smpai skrg aku masih dok cari salah diri.ape yg x kene dgn hubungan kami selama ini...

sbnrnya aku ini bknla terlalu memilih dlm mencari pasangan, cinta petama tu mungkinla plih abis tp setelah berkali2 kecewa aku x nk pilih2 sgt.smpaikn mak jan pon aku kebas.brp anak pon x kisah. itu blm kira brp jauh lg klu skali aku nk jumpa dia...kene naik kapal mabur ooo..

tp apakn dayaku, ianya berakhir jua,slps 3 tahun...pedih amat..sasau aku 2 minggu.tp smpai bila aku nk mcmtu,akhirnya aku redha jela dgn ketentuan Ilahi..ada hikmah d sebalik kejadian. atas nasihat kwn2,sahabat,dn juga penasihat peribadi aku dh jd cool kembali..life must go on..

now is the time utk ku ceriakn diri kembali,..smpaila 1 hari....aku ada tegur 1 awek kt tmpt customer,orgnye comel,lembut sgt perwatakannya..ku usik dia,responnya agak baik.tp ntah mcmana silapnya aku x tegerak ati nk mintak number hpnye..setelah beberapa follow up kubuat kesokan harinya kudapati dia x dtg keje.sampai 5 ari x dtg...huh ganas sgt ke cara aku smpai awek tu trus takut nk dtg kje lg...apela nasib...jatuh cinta pandang pertama tu..tp hampess... ku rileks kn pikiran lg.sesekali dlm seminggu aku kuar g lepak ngan kekawan g karaoke..smpai jam 4 pagi bru balik..sonok.lps jgk tekanan..yela,aku cuma ilang kekasih,mmber aku lg berat..bini dia sudah ilang lari rumah. lagi parah. kebetulan plak 2 kitorang kene pd tarikh yg lbh kurang sama...at least aku ada kwn senasib...sian bro tu..



Tuesday, May 20, 2008

new taste


selang beberapa tahun pakai lctong,ade mmber rapat yg sblm ni pakai tzr125 dtg merisik lc ku,ku ceraikn tp dgn galang ganti. akhirnya setelah puas diteliti/dibelek,dptla ganti sebuah tzr250 (1kt model) yg ckup2 mkn...
setelah beberapa pembaikan dbuat...bginila hasilnya....

Monday, May 19, 2008




ok . smbg balik. pas dh dpt rxs tu,maka bermulalah kembali kegilaan terhadap motot. sbnrnya rxz 1st tu jual sbb frust.adela 1 awex dr kg gajah perak tu...ni kira2nya dh ilang frust la ni,smbg main moto balik.wahaha. dgn rxs tu,puas jgk bejalan ksana kemari smpikn tmpt yg x penah smpi pon blh smpi. Muar johor, K.Kangsar perak,cuma siam ngan singapore je x smpi lg....huhu


x lama pastu,gian nk main motot lbh besau smpi. puncanya mmber sblh umah dh beli yp..ala yg mcm jamal naik citer azura tu...oleh krn kaki x cukup inci,maka hasrat nk pakai yp d batalkn,pcik amik model sblm yp iaitu lc (TONG) sayap makin kembang,kwn semakin ramai..sonok...antaranya g tgk motogp klu x silap tahun 2002...

Sunday, May 18, 2008


a.kum dn slm sejahtera sume...ini percubaan ptama pcik dlm arena blog ni...so belasah jela.pcik minat motot,especially motot lama zaman azura dulu. moto 1st pcik lps jaman skolah dlu ialah rxz...zaman tu z la paling top selain panther,tzm baru wujud.


pastu zaman meleset,pcik pakai moto kompeni je,kriss 110,rxz jual psl dh x sdap. byk kali jatuh,xsiden dgn motot tu...dh x serasi agaknye...x lama hati mula gian nk naik motot berklac tgn balik.,so pcik belila yamaha rxs tersadai kepunyaan mmber.dh arwah mmber tu skrg.Alfatihah.smoga rohnya d cucuri rahmat.ops nnt smbg lg. lom zohor lg..